Pages

Friday, May 13, 2011

Kelab-kelab yang pernah menjuarai Liga Perdana Inggeris

Korang-korang mesti tahu kan berapa kali pasukan kegemaran korang berapa kali pernah menjuarai EPL, tapi korang tahu tak jumlah kejuaraan yg pernah dimenangi pasukan-pasukan lain...

kat bawah nie ada list pasukan yang pernah menjuarai EPL..


ClubWinnersRunners-upWinning Years
Manchester United
18

14
1907–08, 1910–11, 1951–52, 1955–56, 1956–57, 1964–65, 1966–67, 1992–93, 1993–94, 1995–96, 1996–97, 1998–99, 1999–00, 2000–01, 2002–03, 2006–07, 2007–08, 2008–09
Liverpool
18

12
1900–01, 1905–06, 1921–22, 1922–23, 1946–47, 1963–64, 1965–66, 1972–73, 1975–76, 1976–77, 1978–79, 1979–80, 1981–82, 1982–83, 1983–84, 1985–86, 1987–88, 1989–90
Arsenal
13

8
1930–31, 1932–33, 1933–34, 1934–35, 1937–38, 1947–48, 1952–53, 1970–71, 1988–89, 1990–91, 1997–98, 2001–02, 2003–04
Everton
9

7
1890–91, 1914–15, 1927–28, 1931–32, 1938–39, 1962–63, 1969–70, 1984–85, 1986–87
Aston Villa
7

10
1893–94, 1895–96, 1896–97, 1898–99, 1899–00, 1909–10, 1980–81
Sunderland
6

5
1891–92, 1892–93, 1894–95, 1901–02, 1912–13, 1935–36
Chelsea
4

3
1954–55, 2004–05, 2005–06, 2009–10
Newcastle United
4

2
1904–05, 1906–07, 1908–09, 1926–27
Sheffield Wednesday
4

1
1902–03, 1903–04, 1928–29, 1929–30
Leeds United
3

5
1968–69, 1973–74, 1991–92
Wolverhampton Wanderers
3

5
1953–54, 1957–58, 1958–59
Huddersfield Town
3

3
1923–24, 1924–25, 1925–26
Blackburn Rovers
3

1
1911–12, 1913–14, 1994–95
Preston North End
2

6
1888–89, 1889–90
Tottenham Hotspur
2

4
1950–51, 1960–61
Derby County
2

3
1971–72, 1974–75
Manchester City
2

3
1936–37, 1967–68
Burnley
2

2
1920–21, 1959–60
Portsmouth
2

0
1948–49, 1949–50
Sheffield United
1

2
1897–98
West Bromwich Albion
1

2
1919–20
Ipswich Town
1

2
1961–62
Nottingham Forest
1

2
1977–78


Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_English_football_champions
*kalau maklumat ni salah mintak diperbetulkan yer...

Wednesday, May 11, 2011

Untukmu Ibu..


Sempena Hari Ibu
video khas untuk Ibuku
Semoga panjang umur dan bahagia sentiasa.
Hayatilah....

Friday, May 6, 2011

BAU NAFAS CACATKAN KECANTIKAN

Komunikasi penting untuk menyempurnakan tugas seharian di pejabat. Anda perlu kerap berbincang dan berkerjasama dengan ketua serta rakan sejawatan untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar.

Sesetengah pekerjaan, seperti wartawan, pegawai perhubungan awam, pegawai pemasaran atau peguam, memerlukan anda sentiasa berurusan dengan orang ramai. Bagi menjaga imej diri dan syarikat, anda perlu memastikan penampilan sempurna dengan berdandan rapi dan memakai baju bersesuaian agar tampil hebat.
Anda mungkin tergolong wanita bertuah kerana memiliki segala-galanya— bijak, cantik dan pandai bergaya. Akan tetapi, segala-galanya musnah apabila anda bersuara. Masalah nafas berbau bukan sahaja mencacatkan penampilan anda; ia membuatkan anda hilang keyakinan diri.

Tidak seperti masalah kesihatan atau kecantikan lain, nafas berbau ibarat 'musuh' dalam selimut, merosakkan imej anda secara senyap. Memang sukar mengesan bau nafas sendiri. Anda hanya menyedari 'kecacatan' penampilan apabila dijauhi teman-teman atau menjadi bahan gosip. Ketika ini pakaian mahal atau solekan menawan tidak lagi bernilai.


PUNCA- BAU NAFAS


Bakteria
Bakteria antara punca utama bau nafas. Masih ingat lagi pesanan ibu bapa dan guru sewaktu kecil agar kita menggosok gigi sebelum tidur? Menurut pakar pergigian, bakteria mulut, anaerobic, punca utama masalah.

Ia hidup dan membiak di dalam mulut dengan memakan sisa protein makanan yang melekat di celah gigi dan gusi. Bagi memudahkan penghadaman, makhluk halus ini melarutkan sisa protein dengan gas volatile sulfur compounds (VSCs). Bau gas ini lebih busuk daripada telur tembelang atau perut ikan.

Walaupun cepat membiak, bakteria ini juga mudah mati apabila terdedah kepada oksigen. Justeru, ia gemar bersembunyi dan membuat sarang di tempat terselindung terutamanya di bawah lidah. Sarang dibina berlapis-lapis daripada lendir dan cecair sisa makanan. Ketika proses ini, gas, VSCs dilepaskan berterusan, membuatkan nafas anda berbau.

Mulut kering
Air liur penting untuk mengawal kesegaran nafas. Bagaimanapun, pengeluaran air liur berkurangan ketika tidur, menyebabkan mulut kering dan nafas berbau setiap pagi. Bagaimanapun, jika mulut kering pada waktu siang, ia petanda ada penyakit atau kesan sampingan kandungan dadah di dalam ubat.

Titisan ubat hidung
Lendir mudah terbentuk kesan penggunaan ubat titis di dalam hidung untuk mengubati selesema, alahan atau penyakit lain seperti resdung. Lendir ini terkumpul di dalam rongga hidung menjadi tempat terbaik rongga bersarang. Sebaik-baiknya gunakan ubat sembur pemecah lendir untuk mengurang / mengatasi masalah nafas berbau

Diet
Biasanya ketika mengunyah makanan, pengeluaran air liur meningkat. Jika berdiet, anda kurang makan bererti air liur juga kurang dirembeskan menyebabkan bau nafas.

Pengeluaran hormon
Biasanya wanita menghadapi perubahan hormon beberapa hari sebelum haid. Ia bukan sahaja menyebabkan mood berubah, tetapi juga menjejaskan keadaan bau nafas kerana ketika ini darah mengandungi protein berlebihan dan sangat disukai bakteria anaerobik.

Jenis makanan
Makan jangan sebarang makan kerana sesetengah jenis makanan menyebabkan nafas berbau. Antaranya, makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kubis, brokoli dan bawang. Gas sulfur dalam makanan diserap ke dalam darah melalui perut kemudian ke paru-paru sebelum dilepaskan menerusi pernafasan.

Cara mengesan masalah
Mungkin anda pernah cuba mengukur bau nafas sendiri dengan menekup kedua-dua belah tapak tangan pada mulut dan menghembus nafas, aieupun mencium benang 9oss selepas mencuci celah gigi. Cara ini tidak berkesan kerana walaupun anda dapat mengesan bau busuk tetapi tidak tahu sama ada ia teruk atau sedikit saja. Cara terbaik ialah menggunakan alat khas pengukur bau nafas. Ia berfungsi dengan cara mengukur jumlah pengeluaran gas sulfur melalui pernafasan hidung atau mulut. la cepat dan tepat. Maklumat dapat diperolehi dalam tempoh seminit.

Biasanya, pakar pergigian menggunakan alat ini untuk mengukur seteruk mana masalah nafas anda. Tiada bahan kimia atau ubat sampingan diperlukan ketika menggunakan alat ini.

Selain itu, cara paling mudah ialah meminta pandangan ikhlas orang paling rapat dengan anda mengenai bau nafas. Hembus nafas dan biar mereka hidu, jika busuk katakan busuk, bukannya OK atau wangi kerana bimbang anda kecil hati.

Cara mengatasi masalah
Selain menggosok gigi, gunakan alat khas untuk mencuci lidah terutama bahagian bawah lidah bagi membersihkan sisa makanan dan cecair yang terkumpul dan membantu pembiakan bakteria anaerobik. Selain itu, anda boleh menggunakan belakang camca plastik untuk membersihkan lidah.

Di Barat, pakar pergigian giat berkempen, menggalakkan masyarakat menjadikan amalan menggosok lidah sama seperti mencuci gigi. Menurut Penasihat Pengguna Pergigian bagi Persatuan Pergigian Amerika Syarikat (ADA), Dr Richard H Price, kajian membuktikan 50 peratus masalah nafas berbau dapat diatasi dengan menggosok lidah.

Melakukan sesuatu yang boleh menggalakkan pengaliran air liur juga boleh mengatasi masalah ini. Misalnya, mengunyah buah-buahan rangup seperti epal dapat 'menggosok' lidah atau minum air kosong untuk membersih sisa makanan dan mengusir bakteria anaerobik.

Anda juga berkumur dengan cecair khas pencuci mulut yang mengandungi klorin dioksida kerana ia berkesan membunuh/mengawal pembiakan bakteria. Akan tetapi, pastikan gigi dan lidah anda dicuci bersih sebelum berkumur dengan cecair ini.

Jika masalah ini masih tidak boleh diatasi, dapatkan rawatan pakar. Doktor akan memastikan tahap masalah anda dan menentukan jenis rawatan sesuai. Seandainya anda ragu-ragu membeli ubat atau bahan pencuci mulut, rujuk pakar atau pembantu farmasi. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Usah rosakkan hubungan sosial anda kerana bau nafas.

Thursday, May 5, 2011

BWF nafi peraturan wajibkan pemain wanita pakai skirt untuk kelihatan seksi

KUALA LUMPUR: Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) menafikan peraturan baru yang mewajibkan pemain wanita memakai skirt supaya kelihatan lebih seksi, sebaliknya bertujuan "untuk memastikan aksi lebih menarik" bagi menarik kehadiran lebih ramai penonton. 

BWF berkata, mereka akan meneruskan pelaksanaan peraturan itu yang ditangguhkan selepas pemain dan pegawai mengemukakan bantahan, bermula 1 Jun ini.


Xie+Xingfang in Olympics Day 8 - Badminton


Menurut BWF peraturan baru itu adalah salah satu cara bagi menarik lebih ramai minat penonton dan penaja, sebagaimana evolusi fesyen dalam tenis yang menjadikan sukan itu lebih menarik.
Arahan terbabit berkuatkuasa bermula 1 Jun 2011 ini di Kejohanan Badminton Terbuka Singapura. - AFP

Wednesday, May 4, 2011

Facebook kuasai kek paparan online

SAN FRANCISCO: Facebook memberi perkhidmatan kepada satu pertiga daripada 1.11 trilion paparan iklan yang disampaikan kepada pengguna Internet Amerika Syarikat bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, kata pengesan industri, comScore, semalam. 

Facebook menguasai pentas paparan online untuk 346 bilion "tanggapan" atau iklan paparan iaitu dua kali ganda berbanding suku yang sama tahun lalu, kata comScore.


"Pasaran pengiklanan paparan online Amerika Syarikat kekal dengan momentum kukuh dari tahun lalu dengan suku pertama yang amat menarik," kata Naib Presiden Eksekutif comScore, Jeff Hackett. - AFP

Saturday, April 30, 2011

Seharian di dewan Jubli Intan Mersing..

30hb April 2011
aku telah ditawarkan untuk menjadi sukarelawan di majlis program pameran kerjaya dan pendidikan.
so kerja aku xtaw sebagai apa, disebabkan aku membawa sebiji Dslr, akupun melantik diriku sebagai jurugambar khas.. hahaha antara tetamu VVIP yg hadir adalah Timbalan Perdana Menteri, Dato' Muhyiddin Mohd Yassin, Ahli Parlimen Mersing Dato' Dr. Latif dan Pengurus Felcra Berhad Seri Mahkota iaitu ayah aku la.. hehehehe

Ramai pelajar-pelajar sekolah datang ke pameran ini untuk melihat peluang-peluang untuk menyambung pelajaran ataupun mencari peluang pekerjaan.

Sedikit gambar untuk di kongsi. (klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar)