Anda semua bekerja dengan gov ataupun swasta? kalau gov baguslah, banyak kelebihan, nak buat loan senang, nk beli rumah senang, nk beli kereta pun senang, senang kata memang senang la kalau kerja dengan gov nie, sapa yang xnak kerja dengan gov, betul tak? tapi malangnya, nasib pekerja swasta jauh berbeza dengan pekerja gov, ibarat langit dengan bumi, alkisah yang nak saya ceritakan di sini, berkenaan caruman KWSP majikan kepada pekerja-pekerja, memang nasib pekerja swasta macam nie ker? selalu dipermainkan, dalam slip gaji terang-terang tertera CARUMAN PEKERJA RMXXX.. tapi bila cek dengan KWSP langsung tiada caruman, adakah ini terjadi kepada anda semua? majikan da tolak dari gaji kita untuk dicarumkan ke KWSP, tapi caruman x sampai pun ke KWSP, agaknya apa tindakan KWSP kepada majikan yang degil macam nie? dan adakah pekerja boleh mengenakan tindakan kepada majikan yang melewat-lewatkan atau tidak membayar langsung caruman KWSP sedangkan ia telah tolak dari gaji kita? inilah dilema yang dihadapi kebanyakan pekerja swasta termasuk saya sendiri, nak buat pinjaman pun susah, bila ada bank yang sedikan pinjaman cara lebih mudah dengan menyemak penyata KWSP, ternyata nasib kami pekerja swasta memang malang, tengok penyata langsung tiada caruman untuk tahun semasa, sedangakan da hampir masuk pertengahan tahun. kalau berterusan begini pekerja swasta akan terus dihimpit dengan kesusahan dek sikap majikan yang sambil lewa. semoga pihak yang berwajib mengambil berat atas apa yang saya luahkan ini. Sekian.
No comments:
Post a Comment