Pages

Wednesday, April 27, 2011

Debaran perkahwinan diraja Britain

Foto
Putera William dan Kate Middleton.


DENGAN semakin hampirnya majlis perkahwinan pewaris kedua takhta Britain, Putera William dengan Kate Middleton, semakin hampir, pelbagai rentetan kisah berkaitan kedua-duanya semakin rancak ditayangkan di televisyen.

Pelbagai spekulasi kedengaran dan pastinya perbandingan perkahwinan kedua-duanya dengan perkahwinan ibu bapa William, Puteri Diana dan Putera Charles pada tahun 1981 tidak dapat dielakkan.

Namun, William awal-awal lagi seolah-olah menampakkan tiada istimewanya majlis perkahwinan dia dan Kate dengan menjadikan cincin tunang mendiang ibunya sebagai tanda pertunangan mereka berdua selain cuma ingin berbulan madu di Isles of Scilly.

Malah pasangan kekasih itu juga dilaporkan memilih untuk tidak berlebih-lebih dalam merencanakan perkahwinan diraja yang sudah tentunya bakal menjadi program pilihan di kaca televisyen seluruh dunia. 

Kos sebenar perkahwinan William dan Kate masih belum diketahui tetapi sama ada ia betul-betul tidak terlalu mewah atau bakal mencatat sejarah menjadi perkahwinan diraja paling mahal, cuma masa yang akan menentukan.

Mengimbau sejarah perkahwinan diraja, majlis yang mengikat Diana dan Charles sebagai suami isteri menelan belanja sebanyak RM19.6 juta dengan cincin tunangnya yang kini tersarung di jari manis bakal menantunya berharga RM138,000 pada masa itu manakala gaun pengantin rekaan David dan Elizabeth Emmanuel dilengkapi pula berharga RM44,000.

Tidak kurang meriahnya ialah perkahwinan Putera Mahkota Brunei, Putera Al-Muhtadee Billah, dengan Sarah Pengiran Salleh pada tahun 2004.

Majlis yang dilaporkan menelan belanja RM15 juta itu dihadiri ramai pemimpin dunia dan kerabat diraja diadakan di Istana Nurul Iman dengan membabitkan perayaan yang memaparkan tradisi negara kaya minyak itu.

Dalam apa yang menjadi antara majlis perkahwinan paling mengagumkan pernah disaksikan di London, Putera Mahkota Greece, Putera Pavlos, mengahwini gadis elit Amerika Syarikat, Marie-Chantal Miller, pada Julai 1995, dalam keraian yang berharga RM5.7 juta. 

Kos termasuk menerbangkan pakar gubahan bunga diraja Denmark untuk menghiasi Gereja St Sophia, dan gaun pengantin daripada sutera gading bersulamkan pertama yang berharga RM723,000.

Namun, perkahwinan diraja paling terkenal dan kerap diperkatakan selain ikatan Charles dan Diana ialah ketika pemerintah Monaco, Putera Rainier III mengahwini aktres Hollywood, Grace Kelly, pada tahun 1956.

Akhbar menggelar majlis itu sebagai Perkahwinan Abad Ini, dengan 600 tetamu memenuhi Gereja Besar St Nicholas di Monaco. Dalam persiapan untuk perkahwinan itu, Istana Monaco dicat dan dihiasi semula keseluruhannya. Pengantin perempuan sendiri membuat penampilan istimewa untuk hari bersejarah itu. Meninggalkan Pelabuhan New York, Kelly, yang disertai keluarga, pengapit, anjing peliharaan dan lebih 80 bagasi, menaiki kapal SS Constitution ke Monaco. 

2 comments:

  1. pembaziran...........

    ReplyDelete
  2. hahaha.. biala has.. duit x habis pakai.. baca kat sini lg best http://isinarstudio.blogspot.com/2011/04/pengantin-termahal.html

    ReplyDelete