Pages

Saturday, April 30, 2011

Seharian di dewan Jubli Intan Mersing..

30hb April 2011
aku telah ditawarkan untuk menjadi sukarelawan di majlis program pameran kerjaya dan pendidikan.
so kerja aku xtaw sebagai apa, disebabkan aku membawa sebiji Dslr, akupun melantik diriku sebagai jurugambar khas.. hahaha antara tetamu VVIP yg hadir adalah Timbalan Perdana Menteri, Dato' Muhyiddin Mohd Yassin, Ahli Parlimen Mersing Dato' Dr. Latif dan Pengurus Felcra Berhad Seri Mahkota iaitu ayah aku la.. hehehehe

Ramai pelajar-pelajar sekolah datang ke pameran ini untuk melihat peluang-peluang untuk menyambung pelajaran ataupun mencari peluang pekerjaan.

Sedikit gambar untuk di kongsi. (klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar)












Friday, April 29, 2011

Putera William kahwini Kate Middleton

2011/04/29

PUTERA William menyarung cincin perkahwinan ke jari Kate Middleton di depan Ketua Biskop Canterbury, Rowan Williams, pada upacara perkahwinan diraja di Westminster Abbey sebentar tadi. - Foto AFP

LONDON: Putera William dan Kate Middleton berkahwin di Westminster Abbey sebentar tadi dalam majlis diraja yang disiarkan ke seluruh dunia. 

Sebelum upacara melafazkan ikrar, Middleton, "rakyat biasa" pertama yang akan berkahwin dengan seorang putera yang hampir dengan takhta dalam tempoh 350 tahun, berjalan perlahan sambil disaksikan hadirin seramai 1,900 orang.
Ketika mereka bertemu di altar, William membisik sesuatu kepada Middleton dan beliau tersenyum.
Pasangan itu dikahwinkan oleh Ketua Biskop Canterbury, Rowan Williams. 

“Saya mengisytiharkan mereka sebagai suami isteri," katanya. 

Middleton memakai baju pengantin sutera dan satin serta tiara yang dipinjamkan Ratu Elizabeth dan cincin pertunangan yang pernah dipakai ibu William, Puteri Diana. 

Ratu Elizabeth serta kerabat diraja lain, David dan Victoria Beckham, Elton John serat Perdana Menteri, David Cameron, adalah antara orang kenamaan dan selebriti yang hadir. - Reuters 

Thursday, April 28, 2011

Jom Singgah Makan..

Asam Pedas Melaka
Lokasi: Jalan Ampang Hilir, Ampang, Selangor


Asam Pedas Melaka
"Asam Pedas Commando Kiosk"
Resepi Istimewa dan tersendiri dibawa khas dari Melaka yang sememangnya terkenal dengan masakan asam pedas di Malaysia, dengan layanan tersangat istimewa, pelanggan pasti kagum dengan keenakan makanan dan cara penyediaan yang berlainan dari kedai-kedai lain.
Harga Ikan mengikut pasaran semasa bermula dari RM7 hingga RM20+ 

Dihidang panas-panas pasti membuka selera anda!



Jom Makan.. hehehe

Tambahan terdapat dalam setiap pakej

Macam biasa la.. kalau sedap memang licin.. 
Kepada sesiapa yang mahu mencuba Asam Pedas Melaka ini bolehlah berkunjung ke gerai yang terletak di jalan Ampang Hilar, berdekatan dengan Galaxy Ampang.

Satay Station (Sate Warisan)
Lokasi: Jalan Kampung Pandan

Salah satu tempat menarik untuk disinggah bersama keluarga dan rakan-rakan, rasa yang pasti membuat anda mahu datang lagi selepas sekali mencuba, resepi tersendiri dan sangat SEDAP!!!
Harga : RM0.90 secucuk
Menu tambahan antara Mee Rebus dan banyak lagi.

Dengan resepi tersendiri pasti membuka selera anda..





Boleh cuba sendiri dan rasa keenakan satay station ini..

Wednesday, April 27, 2011

Isteriku ROBOT

Foto
Rakyat Kanada, Lee Trung bersama robot ciptaannya, Aiko yang dijual pada harga RM54,000, setiap satu.

Kegilaan saintis Jepun, Barat hasilkan robot bagi ambil alih peranan wanita

KEDENGARANNYA mungkin agak keterlaluan tetapi disedari atau tidak, peranan manusia pada zaman serba pantas ini sedikit demi sedikit sudah diambil alih oleh mesin, yang patuh melakukan sebarang suruhan tanpa ada rungutan atau tuntutan kenaikan gaji.


Kehadiran robot ini bukanlah masalah sebaliknya satu hikmah andai memudahkan urusan orang ramai seperti membantu golongan memerlukan baik yang kurang upaya dan warga tua, namun jika sudah sampai menyalahgunakan kemajuan teknologi untuk menghasilkan mesin kaku menggantikan fungsi sebenar manusia, ia bukanlah sesuatu yang boleh dipertimbangkan lagi.
Kini, kegilaan saintis bertumpu kepada usaha penghasilan robot bagi memikul satu lagi fungsi manusia - menjadi peneman dan pasangan lelaki. Istilah isteri itu sendiri seakan kian hilang maknanya apabila kadar perceraian semakin meningkat dengan ramai lelaki, khususnya di Barat kini semakin tergila-gilakan robot perempuan untuk dijadikan isteri dan pemuas nafsu.

Maka lahirlah gelaran isteri tiruan yang mungkin pelik bagi kita tetapi satu keseronokan kepada segelintir insan yang mengutamakan nafsu. Situasi yang tidak dapat diterima akal ini dilihat sebagai satu bentuk diskriminasi zaman moden, dengan menterjemahkan perkahwinan sebagai hubungan antara tuan dan hamba.

Buktinya, bulan lalu, robot perempuan dihasilkan oleh sebuah syarikat Britain sebagai alat bantuan seks. Ia digelar 36C berdasarkan ukuran dadanya. Ia menyusuli ‘kelahiran’ robot perempuan seperti Actroid - setiausaha serba sempurna oleh saintis Jepun pada 2003 dan robot projek Aiko pada 2007 yang boleh bercakap dalam bahasa Jepun dan Inggeris, yang dicipta di Kanada.

Bagaimanapun, kelahiran Actroid dan Aiko lebih mulia peranannya berbanding 36C yang dicipta seorang jurutera elektrik dan saintis komputer Amerika Syarikat, Douglas Hines, yang pernah bekerja di Makmal AT&T Bell. 
Hines turut berterus terang yang rekaan terbarunya, Roxxxy itu adalah ‘robot seks.’ 

“Ia adalah hamba cinta,” kata Hines ketika ditemubual ABCNews.com ketika itu sambil menambah ia berharga antara AS$500,000 (RM1.5 juta) dan AS$1 juta (RM3 juta) dan mengambil masa sehingga dua tahun setengah untuk dicipta.

Foto
Robot pengantin

Pelanggan yang mahukan Roxxxy sebagai teman boleh meminta syarikat berkenaan menghasilkan robot mengikut kehendak mereka. Bagi menghasilkan robot yang kelihatan dan dapat beraksi sebagai pasangan sesuai, pelanggan perlu mengisi soal selidik untuk memberikan petunjuk kepada jurutera mengenai personaliti robot berkenaan.

Walaupun prototaip robot itu dihasilkan berdasarkan seorang penuntut wanita kulit putih dengan ketinggian 1.5 meter dan 54 kilogram berat, pelanggan boleh memilih warna rambut dan mata,

Namun 36C bukanlah robot teman wanita atau isteri tiruan. Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Kimia Universiti Lagos, Dr Kingsley Abhulimen, pada 1983 satu robot perempuan Sweetheart tidak dibenarkan dipamerkan di Kolej Berkeley selepas petisyen dibuat mendakwa ia satu penghinaan kepada wanita.

Robot Aiko yang dijual pada harga RM54,000 setiap satu, adalah robot yang dilengkapi sistem ‘artificial intelligence’ atau fungsi menyamai manusia. Ia yang dibangunkan Le Trung di Kanada, memiliki ketinggian kira-kira lima kaki. Aiko atau ‘anak kasih sayang’ disifatkan peneman sempurna kerana selain mampu bertutur dalam bahasa Jepun dan Inggeris, ia juga boleh memberi reaksi atau tindak balas terhadap pertanyaan dan sentuhan.

Ia juga boleh mengenal pasti objek di depannya kerana dilengkapi alat pengesan terhadap sebarang sentuhan atau kesakitan. Malah, jika pipinya dicubit atau bahagian lain badannya dikasari, Aiko juga boleh ‘bersuara’ meminta perbuatan itu dihentikan.

Robot Actroid juga mempunyai beberapa versi yang dimulai robot dikenali Repliee Q1 dan Repliee R1 yang dibuat berasaskan budak perempuan Jepun berusia 5 tahun. Model lebih canggih diperkenalkan pada 2005 dikenali dengan nama Aichi yang membantu orang ramai terhadap lokasi dan majlis tertentu. Ini diikuti penghasilan robot Actroid model berperanan sebagai pengacara pada tahun sama serta robot Actroid Sara pada 2009. Versi terbaru Actroid itu dijual di pasaran Jepun pada harga RM67,000.

Apa yang pasti, hampir setiap tahun robot wanita itu dihasilkan dengan pembuatan yang lebih terkini, termasuk rupa parasnya yang mirip wanita biasa dengan tubuhnya turut disaluti kulit menyamai manusia. Biarpun ada yang memujinya sebagai tahap kecerdikan manusia, tetapi hakikatnya ada juga pandangan bahawa penghasilan robot wanita yang sempurna, seksi dan patuh sebenarnya mencerminkan kekecewaan emosi pencipta mereka.

Antara robot popular:

Teman pesakit strok
Robot ciptaan penyelidik Hospital Kitasato, Jepun, yang boleh membantu mangsa serangan angin ahmar memperbaiki fungsi lengan dan bahu dengan menggerakkan lengan pesakit yang lumpuh dalam pelbagai arah yang sudah diprogramkan terlebih dulu.

Robot paderi
Mula menjadi perhatian apabila sepasang suami isteri pada Mei lalu di Jepun, menjalani majlis perkahwinan berteknologi tinggi dengan robot paderi mengahwinkan mereka.
Robot I-Fairy yang dihasilkan oleh Kokoro Co menjadi robot pertama mengetuai majlis perkahwinan.

Teman kanak-kanak
Robot ‘Saya’ mungkin menjadi robot kegemaran ibu bapa untuk dibawa pulang apabila sekumpulan penyelidik di Jepun berusaha menghasilkan robot yang boleh mengawal sekumpulan kanak-kanak. Ia boleh berpusing selain mempamerkan enam emosi iaitu terkejut, takut, jijik, marah, gembira dan sedih.

Robot pelayan 
Di restoran Dalu Robot di China, pelayannya hadir dalam bentuk robot membawa hidangan. Setiap robot dipasang dengan alat pengesan bagi membolehkan mereka berhenti apabila pelanggan mahu mengambil hidangan. Lebih 12 robot beraksi sebagai penyambut tetamu, penghibur dan pelayan. Pemilik restoran berkenaan, Zhang Yongpei, berkata dia berharap dapat menambah bilangan robot kepada 30 dan memperkenalkan robot yang boleh melayan pelanggan di meja serta yang mampu naik turun tangga.

Pengurus rumah tangga
Suri rumah pula pasti akan lebih tertarik memiliki pembantu terbaik dalam menguruskan rumah tangga, Roomba. Sejak diperkenalkan pada tahun 2002, ia sudah dijual lebih lima juta unit, kata syarikat penciptanya, iRobot. Gembira dengan kejayaan Roomba,iRobot turut menghasilkan lebih banyak robot praktikal termasuk Scooba, robot pencuci lantai dan Verro, yang boleh mencuci kolam. 

Debaran perkahwinan diraja Britain

Foto
Putera William dan Kate Middleton.


DENGAN semakin hampirnya majlis perkahwinan pewaris kedua takhta Britain, Putera William dengan Kate Middleton, semakin hampir, pelbagai rentetan kisah berkaitan kedua-duanya semakin rancak ditayangkan di televisyen.

Pelbagai spekulasi kedengaran dan pastinya perbandingan perkahwinan kedua-duanya dengan perkahwinan ibu bapa William, Puteri Diana dan Putera Charles pada tahun 1981 tidak dapat dielakkan.

Namun, William awal-awal lagi seolah-olah menampakkan tiada istimewanya majlis perkahwinan dia dan Kate dengan menjadikan cincin tunang mendiang ibunya sebagai tanda pertunangan mereka berdua selain cuma ingin berbulan madu di Isles of Scilly.

Malah pasangan kekasih itu juga dilaporkan memilih untuk tidak berlebih-lebih dalam merencanakan perkahwinan diraja yang sudah tentunya bakal menjadi program pilihan di kaca televisyen seluruh dunia. 

Kos sebenar perkahwinan William dan Kate masih belum diketahui tetapi sama ada ia betul-betul tidak terlalu mewah atau bakal mencatat sejarah menjadi perkahwinan diraja paling mahal, cuma masa yang akan menentukan.

Mengimbau sejarah perkahwinan diraja, majlis yang mengikat Diana dan Charles sebagai suami isteri menelan belanja sebanyak RM19.6 juta dengan cincin tunangnya yang kini tersarung di jari manis bakal menantunya berharga RM138,000 pada masa itu manakala gaun pengantin rekaan David dan Elizabeth Emmanuel dilengkapi pula berharga RM44,000.

Tidak kurang meriahnya ialah perkahwinan Putera Mahkota Brunei, Putera Al-Muhtadee Billah, dengan Sarah Pengiran Salleh pada tahun 2004.

Majlis yang dilaporkan menelan belanja RM15 juta itu dihadiri ramai pemimpin dunia dan kerabat diraja diadakan di Istana Nurul Iman dengan membabitkan perayaan yang memaparkan tradisi negara kaya minyak itu.

Dalam apa yang menjadi antara majlis perkahwinan paling mengagumkan pernah disaksikan di London, Putera Mahkota Greece, Putera Pavlos, mengahwini gadis elit Amerika Syarikat, Marie-Chantal Miller, pada Julai 1995, dalam keraian yang berharga RM5.7 juta. 

Kos termasuk menerbangkan pakar gubahan bunga diraja Denmark untuk menghiasi Gereja St Sophia, dan gaun pengantin daripada sutera gading bersulamkan pertama yang berharga RM723,000.

Namun, perkahwinan diraja paling terkenal dan kerap diperkatakan selain ikatan Charles dan Diana ialah ketika pemerintah Monaco, Putera Rainier III mengahwini aktres Hollywood, Grace Kelly, pada tahun 1956.

Akhbar menggelar majlis itu sebagai Perkahwinan Abad Ini, dengan 600 tetamu memenuhi Gereja Besar St Nicholas di Monaco. Dalam persiapan untuk perkahwinan itu, Istana Monaco dicat dan dihiasi semula keseluruhannya. Pengantin perempuan sendiri membuat penampilan istimewa untuk hari bersejarah itu. Meninggalkan Pelabuhan New York, Kelly, yang disertai keluarga, pengapit, anjing peliharaan dan lebih 80 bagasi, menaiki kapal SS Constitution ke Monaco. 

Tuesday, April 26, 2011

Terkejut Temui Buaya Dalam Rumah

FLORIDA: Seorang wanita, Alexis Dunbar terkejut apabila mendapati ada tetamu tidak diundang ketika pulang ke kediamannya di Manatee, Florida, semalam. Tetamu tidak diundang itu adalah buaya berukuran dua meter yang ditemui di bilik tidur tetamu di kediamannya.
Alexis menceritakan insiden yang menggerunkan itu kepada wartawan Bay News 9, Robert Hahn.

“Saya lihat ke sebelah kanan dan mendapati seekor buaya berada dalam bilik tetamu,” ujarnya.
Alexis segera keluar dari rumah tetapi kemudian teringat kepada kucing peliharaan kesayangannya.


“Kucing saya seperti anak saya. Saya bimbang kucing saya sudah dimakan buaya itu kerana terdapat darah merata-rata,” tambahnya.

Namun, ternyata darah itu daripada tubuh buaya berkenaan sama ada ia cedera di luar atau ketika cuba memasuki rumah itu melalui pintu kecil untuk kucingnya. Kedua-dua kucingnya kemudian keluar dari tempat persembunyian mereka.
Petugas Jabatan Haiwan kemudian menangkap buaya itu yang dipercayai datang dari kolam di belakang kediaman Alexis.

Sumber : Harian Metro

Perbezaan Penyampaian Maklumat

Saksikan kedua-dua video ini dan bandingkan

Sumber Berita Harian


Sumber Malaysiakini

Email 1Malaysia, Tricubes kenakan caj RM0.50 setiap email?

Projek email 1Malaysia akan diteruskan dengan sasaran 5.4 juta pengguna menjelang akhir tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes Berhad, Khairun Zainal Mokhtar, di sebalik kontroversi yang dihadapi projek itu, ia akan tetap dilancarkan pada Julai ini.

NONE"Kami akan lakukan yang terbaik dan mendapatkan sasaran demografi tersebut,” katanya.

Pada taklimat media di Kuala Lumpur hari ini, Khairun juga mengesahkan agensi kerajaan akan dikenakan bayaran RM0.50 bagi setiap email yang dihantar kepada pengguna tetapi orang ramai tidak akan dikenakan sebarang bayaran.

Sasaran Tricubes adalah mendapatkan purata 900,000 pengguna setiap bulan dan mendapatkan semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun menyertainya menjelang tahun 2015.

Menurut Khairun, pengguna dijangka akan dikenakan bayaran tambahan jika mereka mahu perkhidmatan tambah nilai lain seperti email lebih 'selamat' dengan kemudahan 'encryption'.

"Namun setting asas adalah 'Secure Sockets Layer' (SSL) yang agak selamat.

"Malah dengan email seharian dan tanpa dikenakan bayaran semuanya adalah melalui SSL. Pengguna juga boleh menghantar email peribadi kepada rakan-rakan dan ia adalah percuma,” katanya.

Khairun juga berkata untuk menggunakan email itu seseorang perlu ke mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara bagi mendaftar.

Katanya, pengguna juga boleh melakukannya sendiri dengan menggunakan alat biometrik-USB yang perlu dibeli mereka.



Sumber : Malaysiakini

Monday, April 25, 2011

Biawak Komodo maskot Sukan SEA Indonesia

Biawak Komodo dipilih sebagai maskot Sukan Sea ke-26 di Indonesia dari 11 hingga 25 November ini.

Pasangan dinamakan "Modo" (jantan) dan "Modi" (betina) dipilih sejajar dengan usaha kerajaan Indonesia melindungi spesies haiwan itu yang semakin berkurangan, demikian menurut jurucakap jawatankuasa penganjur sukan itu yang dipetik oleh akhbar Jakarta Post hari ini.

Di Jakarta malam tadi, Modo dan Modi diperkenalkan kepada umum dalam satu majlis bagi memulakan detik pengiraan 200 hari menjelang perasmian sukan serantau itu yang akan diadakan di Palembang. Beberapa acara akan juga diadakan di Jakarta.


Komodo adalah spesies biawak terbesar di dunia. Ia hanya terdapat di kepulauan Komodo di Flores.


Sumber : Bernama

BAGAIMANA MEMBUAT PELABURAN EMAS DI MALAYSIA

PENDAHULUAN. 

Emas merupakan logam yang sangat istimewa. Warnanya yang menarik serta kesukaran mendapatkannya menyebabkan ia dianggap bernilai oleh manusia. Selain daripada dijadikan barang kemas emas juga menjadi penyimpan kekayaan yang paling unggul. Ini kerana ia tidak boleh dibinasakan dan tidak akan hilang nilainya. 
Justeru, menyimpan emas sebagai satu pelaburan merupakan tindakan yang amat bijak. Ini kerana nilainya sentiasa meningkat di dalam jangka masa panjang. Jika kita perhatikan carta sejarah harga emas daripada tahun 2000 – 2009, kita akan dapati bahawa harga emas adalah seperti berikut: 

Harga emas pada 14 Ogos 2000 = USD 275.45/Oz 
Harga emas pada 14 Ogos 2009 = USD 953.50/Oz
Ini adalah kenaikan 246% di dalam jangka masa 9 tahun (purata kenaikan harga 27% setahun)

Kajian kes: Harga syiling Kijang Emas di Malaysia.

Harga untuk 1 Ounce syiling Kijang Emas pada 16 Ogos 2001 ialah RM1114.000 dan
pada 16 Ogos 2009 harganya mencecah RM 3,561
Ini adalah kenaikan sebanyak 219.65% dalam masa 8 tahun.
atau purata kenaikan harga 27.45% setahun!!
Sumber: Bank Negara Malaysia:


BAGAIMANA MEMBUAT PELABURAN EMAS DI MALAYSIA? 

Terdapat 2 cara membuat pelaburan emas di Malaysia iaitu 
1. Pelaburan emas fizikal 
2. Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas 

PELABURAN EMAS SECARA FIZIKAL. 

Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu: 
1. Syiling emas  
2. Jongkong emas 
3. Barangan kemas  

Kajian kes: Harga syiling Kijang Emas di Malaysia. 
Harga untuk 1 Ounce syiling Kijang Emas pada 16 Ogos 2001 ialah RM1114.000 dan 
pada 16 Ogos 2009 harganya mencecah RM 3,561 
Ini adalah kenaikan sebanyak 219.65% dalam masa 8 tahun. 
atau purata kenaikan harga  27.45% setahun!! 
Sumber: Bank Negara Malaysia:

Bagi memaksimumkan keuntungan pelabur disarankan untuk membeli emas fizikal di dalam bentuk syiling emas dan jongkong emas. Ini kerana syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan seperti berikut: 
1. Mudah dibawa 
2. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard. 
3. Mudah ditunaikan. 
4. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah 

Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi 
disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang 
kemas adalah tinggi (25 % - 40%) 

INSTITUSI/SYARIKAT YANG MENJUAL SYILING EMAS. 

Di Malaysia, terdapat 5 institusi/syarikat yang menjual syiling emas untuk pelaburan iaitu: 
1. Maybank - Syiling Kijang Emas – http://www.maybank2u.com.my 
3. Dinar Emas Kelantan - http://dinarkel.com/  
4. Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Gold - http://publicgold.com.my
5. Public Dinar - http://publicdinar.com

SYILING EMAS YANG TERDAPAT DI MALAYSIA. 
        
Gambar: Syiling Kijang Emas – Dijual di Maybank (cawangan tertentu) 

Gambar: Canada Gold Maple – Dijual di UOB Bank (cawangan tertentu) 


Gambar: Australian Kangaroo – Dijual di UOB Bank (cawangan tertentu) 

Gambar: Singapore Gold Lion – Dijual di UOB Bank (cawangan tertentu)

Gambar: Syiling Emas Public Gold 

Gambar: Dinar emas Kelantan 

Gambar: Dinar Emas Public Dinar

JONGKONG EMAS. 

Selain daripada syiling emas, pelaburan emas yang terbaik adalah dengan membeli 
jongkong emas. Ini kerana harga jongkong emas biasanya adalah hampir dengan harga 
emas antarabangsa, mempunyai ketulenan 999.9 serta mempunyai perbezaan harga belian 
dan jualan yang rendah. 

 Di Malaysia terdapat 3 jenis jongkong emas yang popular dan boleh anda beli iaitu: 
1. PAMP Suisse 
2. Poh Kong Bunga Raya 
3. Public Fine Gold International Sdn. Bhd.  

JONGKONG EMAS PAMP SUISSE 

PAMP ini adalah singkatan bagi (Produits Artistiques Métaux Précieux) (artistic, 
precious metals products). 

PAMP yang berpangkalan di Switzerland merupakan salah sebuah syarikat yang 
terkemuka dunia dalam menulenkan logam berharga dan mengeluarkan produk-produk 
daripada logam-logam berharga seperti perak, emas, platinum dan paladium. 
Laman web syarikat ini ialah http://pamp.com/main.htm

Emas keluaran PAMP ini diiktiraf mutu, kualiti dan ketulenannya di seluruh dunia. 
Kesemua gold bar PAMP mempunyai nombor siri dan juga sijil ketulenan. 
Di Malaysia, terdapat 2 bentuk gold bar PAMP yang dijual iaitu Lady Fortuna dan juga 
jongkong dengan sijil berwarna merah jambu. 

Jongkong emas PAMP Suisse boleh dibeli di sesetengah kedai emas, Habib Jewel dan 
juga UOB Bank. Gold bar ini terdapat di dalam 2 bentuk  

Gambar: PAMP Suisse dengan sijil merah jambu.

Gambar: Gambar jarak dekat jongkong emas PAMP Suisse 

Gambar: PAMP Suisse Lady Fortuna

JONGKONG EMAS POH KONG BUNGA RAYA. 

Kedai Emas Poh Kong ada menjual jongkong emas keluaran mereka sendiri.  
Ia dinamakan jongkong emas Bunga Raya. Anda boleh mendapat maklumat lanjut 
dengan melawati laman web syarikat berkenaan di: 
http://pohkong.com.my/collections/bunga_raya/bunga_raya.asp  

Gambar: Jongkong Emas Poh Kong Bunga Raya

JONGKONG EMAS PUBLIC FINE GOLD INTERNATIONAL SDN BHD. 
(PUBLIC GOLD) 

Public Gold merupakan syarikat yang mengeluarkan jongkong emas untuk tujuan 
pelaburan.  

Syarikat ini beralamat di: 

Public Fine Gold International Sdn Bhd
(818840-U) 
12E Ground Floor, Jalan Rumbia, 
11900 Bukit Jambul, Penang. 
Tel : 04-644 9999 

Jongkong emas yang dijual mempunyai berat seperti berikut: 20 gram, 50 gram, 100 
gram dan 1 kg. Setiap jongkong emas mempunyai sijil ketulenan dan nombor sirinya 
yang tersendiri. 

Gambar: Jongkong Emas 20 gram, 50 gram dan 100 gram Public Gold. 

PELABURAN EMAS MELALUI AKAUN SIMPANAN EMAS 

Selain daripada membuat pelaburan emas melalui emas fizikal, pelabur di Malaysia boleh 
membuat pelaburan emas dengan cara membuka akaun simpanan emas. Terdapat 2 bank 
yang menawarkan kemudahan akaun simpanan emas iaitu

1. Maybank : Gold Saving Passbook Account (GSPA) 
2. Public Bank : Gold Investment Account (GIA) 

Gambar: Buku akaun simpanan emas Maybank dan Public Bank

Dengan membuka akaun simpanan ini pelabur tidak mendapat emas fizikal, sebaliknya 
nilai belian emas akan direkodkan di dalam akaun simpanan emas berkenaan. Harga 
emas pula adalah berdasarkan kepada harga emas semasa. 

Akaun simpanan ini boleh dibuka di mana-mana cawangan Maybank dan Public bank. 

Bagi Maybank, pelabur boleh mengeluarkan simpanan dalam bentuk emas fizikal (cas 
tambahan untuk pengangkutan dan insurans akan dikenakan) manakala bagi Public bank 
pula tidak menawarkan kemudahan mengeluarkan simpanan di dalam bentuk emas fizikal. 
Pelabur hanya boleh menjual nilai emas dan mendapat tunai. 

Kebaikan membuat pelaburan dengan cara ini ialah pelabur tidak perlu bimbang masalah 
menyimpan emas fizikal. Namun keburukan pelaburan cara ini ialah pelabur tidak 
mendapat emas fizikal.  

FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIAMBIL KIRA SEBELUM MEMBELI 
EMAS PELABURAN. 

Bagi memaksimumkan keuntungan, pelabur disarankan mengambil kira faktor-faktor 
berikut: 

1. Harga emas tersebut – semakin murah harganya maka semakin baik. 
2. Emas fizikal atau akaun simpanan emas 
3. Ketulenan emas – sebaiknya beli emas 999.9 atau 916
4. Stok yang mudah diperolehi 
5. Perbezaan harga belian dan jualan ( 
6. Syarat-syarat lain yang dikenakan contohnya emas tersebut tidak boleh calar, 
bengkok atau sumbing, resit asal perlu disediakan  dan lain-lain lagi.